SUZUKI PANTHER TXR 150
Kali ni saya nak ceriter pasal motor buatan Suzuki... Suatu masa dulu suzuki merupakan jentera yang pernah menempa nama dan kegemilangannya tersendiri di kalangan mat motor... Tapi kini amat jarang sekali motor dua lejang ini dapat di lihat di atas jalan raya... Zaman dah berubah orang dah tak minat lagi motor dua lejang sebaliknya motor 4 lejang menguasai pasaran... Entry kali ni kami cuba mengimbas kembali motor suzuki ini...
Suzuki Panther
1st model dikenali sbg Suzuki Panther. tanda pengenalannya adalah Chasis nya yg bewarna perak (silver). bodyset nya bewarna merah & hitam (Walter Wolf Racing scheme colour). Terdapat juga beberapa scheme colour yg lain spt corak warna warni crayon (bodyset putih & hitam) dan stripe 2-tone Hyper-Sport.
Suzuki TXR150...
2nd model dikenai sbg TXR150R. Tanda pengenalannya ialah Chasisnya yang bewarna Grey. Corak stripe nya pula pelbagai. Terdapat juga Special Production release yg dikenali sbg 'Jerung'. chasis ini mempunyai tapak braket utk memuatkan front cowling 'Jerung', namun, tiada apa perubahan pada struktur enjin nya. Ianya dikeluarkan sbg 'penghormatan' kpd model yg amat laris jualannya di Thailand.
Kedua-dua model ini dikuasakan dgn bateri 6v. 3rd model adalah model yg terakhir dikenali sbg TXR150Rr.
Suzuki Gamma....
Abjad "r" itu mewaili simbol Gamma. perubahan ketara dpt dilihat pada rekabentuk front cowling, tank, body-panel & tail. Pistonnya telah direkabentuk semula demi meningkatkan lagi ketahanannya. Model ini dikuasakan dgn bateri 12v.Kesemua model ini telah ditamatkan perkhidmatannya pada akhir 1997.
Enjin suzuki tu.. kalau perati ada tulis SSS, itu ler tandanya keluaran first model. yang model gamma dah takde dah SSS tu dia letak lebal suzuki.